Speaker Beri Amaran Kepada Anggota Parlimen Pasir Salak

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional supaya tidak lagi mengganggu Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada DAP.

Katanya beliau telah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Anggota Parlimen Ipoh Barat yang menerima pandangan saya itu secara positif dan beliau kemudiannya bersetuju supaya tidak mendesak agar Anggota Parlimen Pasir Salak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Pandikar Amin juga berkata beliau menerima surat daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mahu merujuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat dakwaan kononnya beliau memiliki saham syarikat yang berkaitan dengan judi.

"Saya belum memanggil kedua-dua Anggota Parlimen terbabit untuk tindakan sewajarnya tetapi untuk integriti Parlimen, saya minta kerjasama semua Anggota Parlimen supaya bila berhujah, kawallah sedikit emosi. Jangan lempar hujah yang menyakitkan hati kawan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan