Najib, Obama Anjak Hubungan Malaysia-Amerika Ke Tahap Baru

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat maju setapak lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pertama kali mengadakan pertemuan dua hala di sini semalam.

Permulaan perbincangan berkisar kepada perkara-perkara ringan sebelum kedua-dua pemimpin itu menyentuh beberapa isu besar melibatkan perdagangan dan ketakcambahan nuklear, kata pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Bernama.

"Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan meyakinkan. Saya rasa perbincangan ini membawa hubungan dua hala ke satu tahap kesungguhan yang lebih tinggi," kata Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Malahan semasa delegasi Malaysia hendak beredar, Obama mengajak Najib berbual dengan beliau untuk beberapa minit lagi.

Semasa perbincangan selama 40 minit antara kedua-dua pemimpin itu, mereka menyentuh mengenai kerjasama ekonomi, dan Obama tahu tentang Model Ekonomi Baru yang Najib umumkan dua minggu lepas bertujuan antara lainnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan