Mangsa Ribut Terima RM1,000 Seorang

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 pemilik rumah di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Ahad lepas, menerima sumbangan RM1,000 seorang dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban penduduk berkenaan untuk membaiki semula kerosakan rumah mereka.

"Kita belanjakan RM1,000 wang MAIWP hasil daripada wang zakat, atas rasa tanggungjawab dan prihatin kita untuk membantu mangsa musibah ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Baitulmal MAIWP kepada mangsa ribut Kampung Malaysia Tambahan di sini hari ini.

Pada kejadian petang Ahad lepas, hujan lebat dan ribut telah melanda kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan 27 rumah penduduk dan sebuah surau mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Turut terjejas, beberapa buah rumah sekitar kawasan berhampiran termasuk PPR Seri Pantai dan PPR Kampung Limau di Pantai Dalam, dan tiga unit rumah di Salak Selatan.

MAIWP sedang membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti jumlah mangsa dan kerugian yang dialami penduduk di kawasan berkenaan.

Pada majlis itu, Jamil Khir turut menyampaikan sumbangan berupa kit kecemasan bernilai RM200 yang mengandungi keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan beberapa keperluan lain kepada mangsa ribut berkenaan.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebuah tapak baru seluas 2 hektar berhampiran Terminal Transit KLIA Bandar Tasik Selatan bagi membina sebuah masjid baru untuk penduduk kawasan berkenaan.

"Kita belum putuskan lagi kos dan peruntukan tapi kita telah kenal pasti tapak, kos dan kerja-kerja pembinaan akan kita laksanakan selepas terminal (Terminal Transit KLIA Bandar Tasik Selatan) yang sedang dalam pembinaan tersebut siap dibina," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan