K'jaan Negeri Rayu K'jaan Pusat Tidak Naikkan Tol

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang merayu Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan syarikat konsesi telah memperolehi keuntungan daripada kutipan tol jambatan itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada tahun 2018.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Datuk Lee Kah Choon mengumumkan pelantikan Loo Lee Lian, 49, sebagai Pengurus Besar Invest Penang berkuatkuasa Khamis ini.

Loo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri pembuatan dilantik bagi menggantikan Wan Zailena Mohd Noordin yang ditukarkan ke Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan