Isa Samad Nikah Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Samad akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang juga bekas Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohamad Isa yang kehilangan isteri tercinta akibat kanser lima tahun lalu akan melangsungkan pernikahan dengan bakal surinya di rumah datuk Bibi Sharliza, 40, di Gentam, Kuala Pilah dekat sini hari ini pukul 3 petang.

Desas-desus hubungan bekas menteri besar berusia 60 tahun itu telah lama kedengaran tetapi tiada sebarang pengesahan atau penafian daripada mereka berdua sebelum ini.

Mohamad Isa terus membiarkan cakap-cakap mengenai hubungannya sehinggalah membuat keputusan menamatkan zaman dudanya.

Apabila ditanya kemungkinan beliau akan berada di Gentam, Kuala Pilah untuk upacara pernikahan itu, beliau berkata tidak mahu diganggu dalam soal itu.

"Jika saya kahwin, pasti saya jemput kamu semua. Beri sedikit ruang untuk privasi saya," katanya semasa ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang division di Port Dickson dekat sini.

Bibi Sharliza merupakan bekas ADUN Paroi selama sepenggal mulai tahun 2004 memiliki Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Sebelum menjawat jawatan Setiausaha Puteri Umno, beliau merupakan Ketua Penerangan sayap itu sejak ditubuhkan pada tahun 2000-2003.

Bagaimanapun beliau tewas pada pemilihan parti merebut jawatan nombor satu sayap berkenaan pada tahun lalu.

Mohamad Isa sekarang adalah Ketua Penerangan Umno negeri adalah bekas menteri besar selama 22 tahun sejak tahun 1982.

Beliau berkahwin dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin pada tahun 1977 sebelum meninggal dunia pada Disember 2005.

Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Mohamad Najib (27), Megawati (24), Lelawati (21) dan Juhaida (16).

Bekas Naib Presiden Umno itu 'dipindahkan' ke petadbiran Persekutuan apabila dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 2004 sebelum diarah melepaskan jawatan kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang pada pemilihan parti 2005.

Digantung keahlian selama enam tahun dan tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam parti sebelum hukumannya dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan diterima dan bebas pada Jun 2008.

Pada 11 Oktober tahun lalu, merupakan saat gemilangnya apabila kembali ke kancah politik dan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil menewaskan calon PAS, Zulkefly Omar dengan majoriti besar sebanyak 5,435 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas kematian penyandang, Azman Mohd Noor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan