Calonkan Zaid: Pakatan Rakyat Tidak Konsensus

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon bagi berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor 25 April ini walaupun tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin sekutu mereka, PAS.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Zaid mewakili Pakatan Rakyat dalam mesyuarat biro politik parti itu yang diadakan 12 jam sebelum pengumuman rasmi dibuat malam ini di Serendah.

Sumber memberitahu, Anwar yakin Zaid adalah pilihan terbaik walaupun ada pemimpin parti yang mempertikaikan pemilihan berkenaan.

“Tetapi itu apa yang Anwar mahukan. Jika pucuk pimpinan dah buat keputusan kami hanya patuh," kata Ahli Parlimen PKR yang enggan namanya dinyatakan.

Difahamkan sebanyak tiga nama dicadangkan iaitu Zaid; pakar saraf, Dr. Halili Rahmat dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

“Nama Syed Shahir digugurkan. Kita hanya menentukan antara Zaid dan Dr. Halili. Namun sokongan kepada Zaid lebih kuat maka Anwar memilihnya," kata seorang lagi Ahli Parlimen.

Sementara itu, sumber terdekat PKR memberitahu, berdasarkan tinjauan di peringkat akar umbi menunjukkan bahawa Zaid yang sebelum ini dilihat sebagai pejuang perubahan sistem kehakiman mampu menarik pengundi Cina.

“Kita lihat dia sebagai calon heavyweight yang mampu menumpaskan Barisan Nasional,” kata seorang ahli PKR yang lain.

Difahamkan dengan pemilihan Zaid, PKR berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu, yang menyokong Zaid sepenuhnya sementara kedua, 'tidak akan bekerje kuat memasikan kemenangannya manakala kumpulan ketiga ialah yang akan mengsabotaj bekas ahli Umno itu dengan menggantikannya dengan calon pilihan mereka selain akan memecahkan undi kepada pembangkang.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas kematian penyandang dari PKR iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Pecahan pengundi di kawasan berkenaan ialah Melayu (52.7 peratus) diikuti Cina (26.3 peratus), India (19 peratus), dan lain-lain sebanyak 1.7 peratus.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan