BN Desak MAIS, JAIS Kuat Kuasa Titah Sultan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menguatkuasakan titah Sultan Selangor supaya surau dan masjid tidak digunakan bagi kepentingan politik.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya mengesan tindakan pihak tertentu menggunakan rumah ibadat itu untuk ceramah politik akhir-akhir ini.

"Dari Jumaat lepas kita lihat khutbah dibaca oleh orang politik, yang mana mereka sepatutnya tidak boleh berbuat demikian," kepada pemberita selepas majlis perjumpaan usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun (KKUT) kawasan Parlimen Hulu Selangor, di sini semalam.

Noh berkata BN Selangor akan menulis surat memohon pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan titah Sultan Selangor berhubung siapa yang boleh dan tidak boleh berceramah di masjid.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, tidak menolak pengunaan masjid dan surau untuk ceramah politik ada kaitan dengan usaha meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda pada Oktober tahun lepas mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor agar memastikan masjid tidak digunakan pihak tertentu sebagai gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah.

Baginda bertitah bahawa pihak menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah dan arahan Sultan selaku Ketua Agama Islam, MAIS dan mufti adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Awalnya kita ingat tak perlulah untuk membuat aduan tetapi kali ini apabila ia melibatkan titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mahu masjid menjadi kawasan bebas politik yang nampaknya tidak dihiraukan pihak tertentu, maka dengan itu kita kena buat aduan secara rasmi," katanya.

Noh berkata ini bertujuan memastikan pihak berkuasa dapat bertindak supaya masjid menjadi tempat bebas politik untuk setiap masa terutamanya ketika pilihan raya.

Terdahulu, Noh menyampaikan cek pinjaman berjumlah RM617,000 kepada 97 usahawan Tekun, sumbangan RM3,000 kepada KKUT dan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Hulu Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan