Bilangan Pekerja Asing Mungkin Dihad 1.5 Juta Orang

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bilangan pekerja asing di negara ini akan dikawal dan mungkin dihadkan kepada 1.5 juta sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, ia merupakan satu daripada 55 cadangan awal daripada Makmal Pengurusan Warga Asing yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing yang dijadual penghujung bulan ini.

Angka itu dicadangkan hasil analisis yang mengambil kira kos dan keuntungan kepada ekonomi negara, katanya kepada pemberita di sini selepas melawat Makmal Pengurusan Warga Asing itu. Turut sama Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Hishammuddin berkata, pada masa ini terdapat 1.8 juta pekerja asing di Malaysia, 39 peratus daripadanya di sektor pembuatan, 19 peratus pembinaan, 14 peratus perladangan, 12 peratus pembantu rumah, 10 peratus perkhidmatan, dan selebihnya di sektor pertanian.

Mengikut pecahan negara pula, rakyat Indonesia meliputi 50.9 peratus, Bangladesh 17.4 peratus, Nepal 9.7 peratus, Myanmar 7.8 peratus, India 6.3 peratus dan selebihnya Vietnam.

Hishammuddin berkata, makmal itu turut membincangkan impak pekerja asing terhadap dasar kerajaan termasuk Model Ekonomi Baru di mana sektor-sektor tertentu yang menjadi fokus negara masih memerlukan pekerja asing.

"Isu keselamatan, keganasan dan layanan majikan kepada pekerja juga diambil kira," katanya.

Makmal itu melibatkan perbincangan selama sebulan bermula 23 Mac lalu, antara 14 kementerian, 11 jabatan dan agensi, 30 organisasi, majikan-majikan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkepentingan.

Subramaniam pula berkata, makmal itu mendapati Malaysia masih memerlukan pekerja asing tetapi ia harus dikurangkan kepada suatu tahap yang boleh diuruskan dengan lebih baik.

"Kadar itu boleh dihadkan kepada 1.5 juta orang untuk memenuhi keperluan di dalam beberapa sektor di mana kita tidak boleh elak penggunaan pekerja asing.

"Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam tiga tahun akan datang," katanya.

Subramaniam berharap makmal itu dapat menghasilkan satu kaedah pengurusan supaya pekerja asing akan dibawa masuk melalui satu sistem yang sah dan akan pulang apabila tempoh pekerjaan mereka tamat.

"Isu berkaitan mereka ketika ini adalah cara untuk menguruskan mereka (kerana) ada yang datang tetapi tidak balik. Isu ini diharapkan dapat diselesaikan oleh makmal nanti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan