ADUN Sitiawan Beri Kenyataan Kepada Polis Daerah Ipoh

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini berhubung kenyataannya yang mempersoal kehadiran polis selepas sidang Dewan Undangan negeri Perak Mac lepas.

Sambil mengesahkan kehadiran Ngeh, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Azisman Alias berkata kes Anggota Parlimen Beruas itu akan dirujuk ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak namun belum dapat menjelaskan butir-butir siasatan.

Beliau berkata selain itu keterangan bekas Speaker DUN V.Sivakumar turut diambil hari ini dan polis akan mengambil keterangan Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.

Ngeh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sitiawan disiasat polis mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis mungkin menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati pada satu sidang akhbar selepas sidang DUN Perak pada 30 Mac lepas.

Sementara itu, Ngeh mahu pihak polis menyerahkan lima salinan laporan polis yang telah dibuat terhadapnya sebelum ini bagi memudahkannya memberi keterangan terhadap siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya.

"Saya bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis bagi membolehkan mereka menyiapkan kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap saya. Tetapi polis juga harus bersikap adil pada saya dengan mengemukakan terlebih dahulu kelima-lima aduan polis terhadap saya (berhubung kes itu)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberikan keterangan di IPD Ipoh di sini.

Ngeh hadir di IPD Ipoh sekitar 11 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya yang mempersoal kehadiran pegawai serta anggota polis pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

"Saya dimaklumkan bahawa pihak polis telah memanggil saya untuk memberi keterangan beberapa hari lalu...tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada di Parlimen (menghadiri sidang di Dewan Rakyat) pada masa itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan