200 Ahli PKR Taman Tunku Putra Keluar Parti

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Hampir 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran, sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-12.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu," katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai MIC kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Abdul Aziz pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra, di sini, hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan