15 Syarikat Bas Dikenakan Tindakan Selepas Terbabit Kemalangan Maut - Berita Semasa | mStar

15 Syarikat Bas Dikenakan Tindakan Selepas Terbabit Kemalangan Maut

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Mac lepas, sebanyak 15 syarikat bas ekspres telah dikenakan tindakan tegas selepas terlibat dalam kemalangan maut, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu tiga syarikat dikenakan tindakan batal lesen, empat syarikat digantung lesen dan lapan syarikat lagi diberi amaran.

"Syarikat yang dikenakan tindakan telah diminta untuk membuat penambahbaikan ke atas sistem pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan perjalanan dan risiko serta pengurusan dokumen berpandukan kepada Kod Amalan Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yang bertanya jumlah permit bas ekspres yang dikeluarkan dalam tempoh lima tahun dan tindakan yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat bas ekspres yang terlibat kemalangan maut.

Liew berkata, dari 2005 hingga 2009, sebanyak 1,325 lesen bas ekspres telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, pada masa ini, pelaksanaan SHE dijadikan salah satu syarat lesen yang wajib dipatuhi oleh pengusaha bas ekspres dan bertujuan untuk memastikan agar semua pengusaha menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan supaya orang ramai dapat menggunakan pengangkutan awam dengan selamat dan selesa.

Kesan daripada tindakan itu menunjukkan penurunan pada 2009 dan 2010 bagi jumlah kes kemalangan maut yang melibatkan bas ekspres dengan tiga kes pada 2009, manakala sehingga 31 Mac tahun ini tiada kes kemalangan maut membabitkan bas ekspres dilaporkan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan