100 Murid Dari 2 Sekolah Rendah Dipercayai Keracunan Makanan

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kira-kira 100 murid Tahun 4, 5 dan 6 dari dua buah sekolah rendah di daerah ini dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) petang ini selepas dipercayai mengalami keracunan makanan.

Kejadian melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi Satu dan SK Wangi Dua yang terletak bersebelahan di Jalan Pulai Lama itu berlaku selepas pelajar terbabit makan di kantin sekolah masing-masing ketika waktu rehat pukul 10.15 pagi.

Sumber memberitahu Bernama pelajar yang terlibat mengadu sakit perut, selain mengalami muntah dan cirit-birit kira-kira dua jam selepas makan nasi berlauk ayam yang disediakan di kedua-dua kantin yang dikendalikan pengusaha berbeza.

Salah seorang murid yang ditemui di HGM, Mohd Hasriza Salman, 10, berkata, dia mengalami sakit perut selepas makan pada waktu rehat.

"Saya ingatkan saya seorang saja. Tetapi selepas memberitahu guru saya dapati ramai lagi kawan saya mengalaminya," kata murid SK Wangi Dua itu.

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang ketika dihubungi bagi mengulas mengenai insiden itu enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tinjauan Bernama di HGM kemudian mendapati kesemua pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan