Tujuh Rumah Kedai Di Bedong Hangus Dijilat Api

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Tujuh rumah kedai di Pekan Bedong dekat sini hangus dijilat api dalam satu kebakaran malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Petani, Anwar Zaini Zakaria berkata antara kedai yang terbakar pada kejadian pukul 8.45 malam itu ialah kedai makan, kedai perabot, kedai motosikal dan kedai cat.

Katanya lima kenderaan bomba dengan lebih 20 anggota dari Balai Bomba Sungai Petani dan Guar Cempedak serta bantuan bomba sukarela dapat mengawal kebakaran dari merebak dalam masa hampir sejam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, dua beranak terselamat dari terperangkap dalam kedai yang terbakar ekoran tindakan pantas seorang rakan yang menghubungi mereka melalui telefon bimbit.

Kooi Kian Hok, 62, sempat membawa ibunya Lim Chu Hong, 82, keluar dari rumah yang sedang dijilat api.

"Saya bertindak segera membawa ibu keluar dari kedai yang sedang terbakar dan terpaksa meredah api yang semakin marak setelah menerima panggilan kawan saya yang beritahu kedai kami sedang terbakar", katanya ketika ditemui.

Kooi berkata ketika kejadian, beliau sedang makan bersama ibunya dalam kedai basikal milik adiknya itu.

Seorang mangsa kebakaran itu, Tan Tau Tek, 62, yang menjalankan perniagaan menjual dan membaiki motosikal berkata beliau kesal kerana ketika kejadian itu terdapat orang yang mengambil kesempatan untuk mencuri alat ganti motosikal miliknya.

"Saya kesal kerana ketika orang ramai sibuk bantu memadam api, ada orang sibuk curi barang saya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan