Kerajaan Peruntuk RM10,000 Kepada Pengusaha Pra-Sekolah Swasta

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Kerajaan akan memberi peruntukkan sebanyak RM10,000 kepada pengusaha pra-sekolah swasta yang layak menerimanya bagi membantu mereka mewujudkan lebih banyak pra-sekolah di kawasan miskin dan luar bandar yang tidak dapat dicapai oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehingga kini sebanyak 426 pra-sekolah swasta layak menerima bantuan tersebut.

"Pada tahun ini sahaja kerajaan akan memperuntukkan anggaran RM4.9 juta untuk tujuan itu dan seterusnya pada tahun akan datang jumlah tersebut akan terus meningkat kepada RM5 juta setahun," katanya ketika berucap pada majlis pemberian geran permulaan pra-sekolah swasta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Bandar Sungai Buaya hari ini.

Seramai 30 penguasaha swasta dipilih sebagai penerima awal geran permulaan pra-sekolah swasta itu hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata tempoh untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, jabatan kesihatan dan jabatan bomba untuk menubuhkan pra-sekolah swasta akan dipendekkan kepada tujuh hari berbanding 40 hari sebelum ini.

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana guru pra-sekolah swasta yang belum pernah mengikuti sebarang latihan atau tiada sijil pendidikan pra-sekolah akan diberikan kursus latihan secara percuma.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, satu Jawatankuasa Penyelarasan Pra-sekolah akan ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras semua dasar pelaksanaan pra-sekolah kerajaan dan swasta.

“Jawatankuasa itu akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai oleh Ketua Pengarah Kemas dan Jabatan Perpaduan Negara serta pihak swasta.

“Kalau selama ini pra-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kemas bergerak secara sendirian tetapi dengan adanya jawatankuasa ini, maka semua dasar-dasar berkaitan pra-sekolah dapat diselaraskan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan