Kepelbagaian Kaum Dan Budaya Di Malaysia Aspek Penting Dalam Masyarakat, Kata Rosmah

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Ini adalah identiti kami, imej kami, selain kekuatan kami, yang sebaliknya, menyediakan asas yang kukuh untuk kejayaan politik, sosial dan ekonomi negara kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Festival Wajah-wajah 1Malaysia, yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di bangunan National Geographic Society di sini pada Ahad.

Festival dua hari itu bertujuan mempromosi makanan kegemaran di Malaysia, lagu-lagu dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, dilengkapi dengan demonstrasi kraftangan serta promosi pelancongan.

Duta Esther Coppersmith mewakili kerajaan Amerika Syarikat pada majlis itu, yang digelar sebagai "Lambang persahabatan antara dua negara."

Mengenai festival Wajah-wajah 1Malaysia yang julung kali diadakan, Rosmah berkata selain memaparkan kekayaan warisan tradisi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang sungguh istimewa, festival itu turut membuktikan keakraban, persahabatan dan kesetiakawanan Malaysia-Amerika Syarikat.

"Ia juga untuk menyatakan dengan tegas hubungan antara kedua-dua negara kita yang mempunyai kepentingan bersama dalam banyak bidang.

"Memandangkan dunia kini semakin kecil dan kita menjadi semakin global, besarlah harapan saya agar lebih banyak perkongsian dijalin, bukan sekadar dalam makanan dan budaya, tetapi juga banyak bidang lain yang kita berinterakasi bagi mencerminkan perasaan saling menghargai antara satu sama lain.

"Saya sesungguhnya berharap agar jalinan hubungan dan persahabatan yang mesra ini akan lebih ditingkatkan menerusi Wajah-wajah 1Malaysia," katanya.

Beliau turut berharap agar menerusi festival berkenaan, para pengunjung akan memperoleh sekilas gambaran mengenai Malaysia, dan berupaya mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Acara kemuncak festival itu ialah penanaman dua batang pohon beringin yang diwarnakan masing-masing dengan bendera Malaysia dan Amerika oleh Rosmah dan Coppersmith, sebagai melambangkan muhibah antara kedua-dua negara.

Majlis itu, yang dikendalikan oleh juruacara majlis Datuk Mahadzir Lokman, bermula dengan tayangan multimedia pendek mengenai "Malaysia Truly Asia", diikuti dengan "Tarian Selamat Datang" dan joget "Johor Sport Club."

Pemain piano cilik Malaysia Tengku Ahmad Ifran Tengku Ahmad Syahrizal daripada Permata Seni Muzik mempersembahkan lagu "Tanah Pusaka" manakala penyanyi remaja Ikhwal, 17, memukau pengunjung dengan dendangan lagu yang dipopularkan oleh M.Nasir "Mentera Semerah Padi".

Persembahan penuh bertenaga "Dikir Bertingkah" oleh 10 kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun, dari Tunas Budaya memeriahkan festival itu apabila hadirin ikut sama menari.

Ini merupakan segmen pertama festival. Segmen kedua akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa di Mandarin Oriental Hotel di sini.

Malam Gala Wajah-wajah 1Malaysia itu akan dihadiri oleh jemputan khas, termasuk ahli politik Amerika Syarikat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan