Hulu Selangor: MCA Pastikan 8,000 Ahlinya Undi Calon BN

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: MCA akan memastikan 8,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan kerusi Parlimen Hulu Selangor keluar mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada hari pembuangan undi 25 April ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau yakin jika kesemua anggota MCA di kawasan itu menyokong calon BN, parti gabungan tersebut akan memperolehi kemenangan selesa.

"Kita hendak pastikan setiap anggota keluar mengundi, kita juga nak pastikan mereka undi BN dan dapat pujuk kawan-kawan, saudara-mara mereka sokong BN. Kalau 8,000 anggota berbuat demikian, kita yakin kita akan menang," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di Pekan Rasa, di sini semalam.

Dr Chua berkata ramai anggota MCA berasal dari Pekan Rasa dan ini memudahkan parti itu berkempen untuk memastikan anggotanya sendiri menyokong dan memilih B Nbagi mewakili kawasan itu tanpa mengira siapa yang dicalonkan.

Dalam perkembangan berlainan, Dr Chua berkata MCA akan menjemput persatuan-persatuan dan perniagaan Cina pada mesyuarat Majlis Presiden esok untuk mendengar pendapat dan mendapatkan maklumbalas daripada mereka bagi menghasilkan satu memorandum berkenaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Beliau berkata memorandum yang akan merangkumi bidang ekonomi, pendidikan, agama bukan Islam, kebudayaan dan Model Ekonomi Baru itu akan dihantar kepada pihak yang berkenaan.

"Memorandum ini bertujuan untuk menyatakan bagaimana masyarakat Tionghua dapat menghayati dan mengambil bahagian dalam pelbagai bidang pembangunan yang akan berlangsung dalam RMK-10 nanti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan