Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sehingga awal pagi esok ekoran kerja-kerja pembaikan paip pecah dari Klang Gate ke Loji Bukit Nanas pada Sabtu lepas.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som hari ini berkata bekalan di kawasan berkenaan akan kembali pulih secara berperingkat-peringkat mulai petang ini.

Beliau berkata untuk mengurangkan masalah gangguan bekalan, Syabas menyalurkan bekalan air dari loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 dan 2 melalui sistem mengepam di Bukit Maxwell dan dari Loji Rawatan Air Sungai Batu.

"Bagaimanapun masih ada juga pengguna yang akan terlibat dengan gangguan bekalan air dan dianggarkan sebanyak 80,000 akaun pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata SYABAS juga mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning bagi memastikan masalah itu diatasi dengan segera dan bantuan segera juga akan dilakukan.

"Sebanyak 35 lori tangki diuruskan oleh Syabas untuk bersiap sedia bergerak ke kawasan yang memerlukan bantuan bekalan air pada bila-bila masa", katanya dan meminta pengguna berhemah menggunakan air sepanjang tempoh gangguan bekalan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan