Gagasan 1Malaysia Jadi Bahan Kempen Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba diputar belitkan pembangkang termasuk dakwaan ia sama seperti konsep "One Israel".

Beliau berkata putar belit itu juga digunakan sebagai bahan kempen bagi mengelirukan rakyat terutama pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Perdana Menteri tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak atau syarikat perunding perhubungan awam antarabangsa mengenai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesedaran dan Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bagan Datoh di sini semalam.

Oleh yang demikian beliau berharap para pengundi di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba mengelirukan mereka, kata beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh.

Beliau berkata gagasan 1Malaysia itu adalah untuk mencari faktor persamaan dalam semua rakyat pelbagai kaum di negara ini agar bukan lagi dikenali sebagai satu bangsa yang majmuk tetapi berbeza pendapat.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu diadakan pada 25 April ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas, akibat barah otak.

Hari penamaan calon ialah pada Sabtu ini. "Saya berharap pemimpin parti komponen BN memberi penjelasan dan menangkis tohmahan pembangkang dalam kempen pilihan raya nanti bagi mengenepikan kekeliruan yang sengaja diwujudkan mengenai gagasan 1Malaysia seperti yang didakwa pembangkang," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata firma perunding APCO Worldwide merupakan sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa yang dilantik kerajaan Malaysia untuk mempromosikan negara ini di peringkat dunia dalam program berbentuk pelancongan, produk komoditi serta memberi gambaran sebenar mengenai situasi ekonomi negara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan