BN Bukan Parti Turun Padang Musim Pilihan Raya Sahaja

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor berkata bahawa Barisan nasional (BN) bukanlah parti yang hanya menemui penduduk pada musim pilihan raya tetapi sentiasa turun padang menyelesaikan pelbagai masalah penduduk tanpa mengira waktu.

Presiden Makkal Sakti R.S Thanenthiran berkata masyarakat di kawasan itu menyatakan mereka kecewa dengan mendakwa wakil PKR yang dipilih tidak melawat tempat itu dan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bukit Teratai, Sungai Choh, minggu lepas menemui masyarakat India, membawa keyakinan baru kepada penduduk India di kawasan Parlimen itu terhadap BN pada pilihan raya kecil tersebut.

Katanya beliau mendapat maklum balas positif itu berikutan lawatannya ke beberapa kawasan di Sungai Choh dan pertemuannya dengan kira-kira 400 penduduk, yang menyatakan hasrat mereka menyokong calon BN berikutan lawatan Perdana Menteri pada 3 April itu.

Ramai terharu apabila Najib turun padang menemui mereka dan ia memberi mereka keyakinan baru bahawa BN adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib masa depan mereka, katanya.

"Mereka ingin kembali menyokong BN. Yang hanya mereka mahu calon yang diletakkan nanti harus merupakan seorang muka baru daripada golongan muda serta sanggup berdamping dengan rakyat. Kami harap Perdana Menteri ambil maklum aspek ini," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kawasan Sungai Choh dianggarkan mempunyai kira-kira 1,400 pengundi India. Thanenthiran berkata masyarakat di Hulu Selangor menyatakan mereka sebenarnya tidak membenci BN sebaliknya mengundi calon PKR pada pilihan raya umum lepas untuk mengingatkan kepada parti pemerintah agar lebih peka kepada masalah mereka serta membuat pembaharuan demi kepentingan rakyat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada Sabtu ini dan pengundian pada 25 April. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan