Anggota Parlimen Perlu Main Peranan Didik Masyarakat Tentang HIV/AIDS - Berita Semasa | mStar

Anggota Parlimen Perlu Main Peranan Didik Masyarakat Tentang HIV/AIDS

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua anggota Parlimen hari ini diseru untuk memainkan peranan dalam memupuk kesedaran mengenai HIV/ Aids di kalangan masyarakat.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng berkata anggota Parlimen perlu merenung semula peranan mereka untuk mendidik masyarakat mengenai HIV/Aids dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengurangkan jumlah penghidap penyakit tersebut.

"Peranan ini penting untuk menyedarkan masyarakat bahawa penghidap penyakit ini perlu diberi lebih perhatian kerana bukan semua dijangkiti akibat pergaulan sosial, terutamanya wanita," katanya ketika merasmikan Pameran Kesedaran HIV/Aids di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Aids Malaysia Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Armani Mahiruddin dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Beliau turut menyeru badan korporat, syarikat swasta, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan untuk tampil memberi sumbangan berbentuk pendidikan dan program kesedaran agar wabak ini dapat dibendung terutama di kalangan generasi muda.

"Ini kerana tenaga dan produktiviti mereka diperlukan untuk menjana kemajuan dan ekonomi negara selain amat bergantung kepada mereka untuk kesinambungan pembangunan negara," katanya.

Di majlis yang sama Wong turut mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara.

Katanya beliau amat berbesar hati dijemput merasmikan pameran hari ini sebagai tugas rasmi beliau yang terakhir di Parlimen. Sementara itu Dr Adeeba berkata pameran hari ini diharap dapat memaklumkan orang ramai tentang pembaharuan terkini dalam merawat penyakit HIV/Aids serta mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan