Akuan Bersumpah P.Bala: SPRM Sudah Ambil Keterangan

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najb Tun Razak, Datuk Mohamed Nazim Tun Razak dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Menurut beliau, keterangan berkenaan berkaitan keterangan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mengenai kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Sudah (menyoal)," katanya ringkas kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bagaimanapun ketika diajukan bila proses mengambil keterangan itu diadakan, beliau berkata: "Sudah (ambil keterangan), cukuplah, sudah sudahlah."

Balasubramaniam sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai tahun lalu muncul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan Altantuya.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga.

Beliau juga pernah mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Sebelum itu, pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat hari ini oleh Tian Chua (PKR-Batu), Mohamed Nazri berkata SPRM kini sedang berusaha untuk mendapatkan keterangan Balasubramaniam melalui peguamnya.

"Peguamnya enggan memaklumkan di mana anak guamnya berada atas sebab-sebab keselamatan dan kebajikan," katanya.

Balasubramaniam telah mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri.

Malah beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Mohamed Nazim bagi menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan