Zaid Ibrahim Pilihan PKR Jika BN Calonkan Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya jika Barisan Nasional (BN) menamakan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai calonnya.

Menurut sumber dalaman parti sekalipun Zaid dilihat calon pilihan PKR, parti itu mungkin menukar beliau kepada orang lain pada saat-saat akhir jika BN tidak mencalonkan Palanivel.

PKR menjangkakan pertandingan antara dua calon yang berkaliber sekiranya BN meletakkan Palanivel, kata sumber itu di sini.

Beliau bagaimanapun tetap melihat Zaid sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu sekalipun pucuk pimpinan parti mempunyai percaturan lain jika ramalan Zaid dan Palanivel tidak menjadi kenyataan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan