Pindaan AUKU Mengenai Disiplin Dibentang Minggu Depan - Puad - Berita Semasa | mStar

Pindaan AUKU Mengenai Disiplin Dibentang Minggu Depan - Puad

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) berkaitan soal disiplin di kolej-kolej matrikulasi, intitusi-institusi pengajian tinggi awam termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dibentangkan di Parlimen minggu depan. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata antara lain di bawah pindaan tersebut para pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk disingkir dari kolej dan universiti akan diberi peluang merayu sebelum tindakan muktamad ke atas mereka diputuskan.

Mengikut peraturan sedia ada mereka yang dibuang kerana melanggar disiplin tidak dibenar membuat rayuan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Muar, di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya telah diarah mengendalikan usaha menambahbaik dan mengemaskini peraturan tersebut yang turut dikuatkuasa ke atas UiTM dan Universiti Teknologi Malaysia yang diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kecuali aspek disiplin, Auku tidak terpakai ke atas UiTM yang ditubuhkan menerusi Akta Universiti Teknologi Mara 1976.

Mengenai tindakan segelintir pelajar sekolah menengah yang didapati merokok di tempat awam, Dr Puad berkata kementeriannya memandang berat kes-kes seumpama itu namun tindakan hanya berkesan jika mendapat kerjasama agensi dan pihak lain yang berkenaan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan