Malaysia Berpendirian Kegunaan Nuklear Hanya Untuk Keamanan - Berita Semasa | mStar

Malaysia Berpendirian Kegunaan Nuklear Hanya Untuk Keamanan

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Datuk Seri Najib Tun Razak akan menekankan pendirian Malaysia bahawa sebarang program nuklear harus digunakan hanya untuk pembangunan dan keamanan pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang dihoskan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Perdana Menteri akan terlibat secara langsung dalam perbincangan bagaimana soal anti-proliferasi ditangani pada sidang kemuncak yang berlangsung pada Isnin dan Selasa, kata Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Najib adalah antara 47 pemimpin dunia yang dijemput Obama untuk menghadiri sidang kemuncak itu yang diadakan julung kali bagi memupuk kerjasama global untuk menentukan bahan dan senjata nuklear tidak jatuh dalam tangan kumpulan pengganas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Yukiya Amano dan Presiden Majlis Eropah Herman Van Rompuy juga turut akan hadir pada sidang itu.

"Malaysia secara khusus akan terlibat secara langsung bagaimana soal anti-proliferasi akan ditangani dan kedua, soal bagaimana nuklear harus digunakan untuk tujuan-tujuan keamanan dan tidak bagi tujuan yang lain daripada keamanan," kata Rais.

Rais, yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, berkata satu perkara lain yang perlu diteliti juga ialah ketidaksamaan dalam soal kapasiti nuklear yang dimiliki Iran dan Korea Utara.

"Soal ini sentiasa menjadi soal bertembung atau pun konflik. Oleh demikian, Malaysia akan mengemukakan pendirikan klasiknya bahawa nuklear itu tidak boleh dipermainkan selain untuk tujuan yang khusus untuk keamanan dunia," kata beliau.

Beliau turut ditanya sama ada isu anti-proliferasi nuklear dapat ditangani di Timur Tengah.

Rais, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar sebelum ini, berkata isu anti-proliferasi mesti dihubungkan dengan keamanan di Timur Tengah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan