Jepun Tawar Gerabak Terpakai Secara Percuma Kepada Malaysia - Berita Semasa | mStar

Jepun Tawar Gerabak Terpakai Secara Percuma Kepada Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menerima 15 buah gerabak terpakai dari Jepun secara percuma untuk kegunaan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM Bhd) sebelum Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau memberi jaminan bahawa gerabak itu masih berkeadaan baik dan boleh digunakan.

"Bila saya pakai istilah terpakai ini janganlah ada pihak yang terkilan. Maksud terpakai di sini bukanlah dalam keadaan yang buruk.

"Ini dalam keadaan yang telah pun kita semak, pastikan dalam keadaan yang memuaskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Borak-Borak dan Sarapan Pagi bersama penghuni Flat Kos Rendah Pandan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata KTM Bhd telah membuat penilaian teknikal keadaan gerabak itu di Jepun dan mendapati ia selamat digunakan di sini.

"Bukannya kita ambil saja apa yang orang bagi. Semua dah buat ikut prosedur, termasuk jaminan keselamatan. Pihak Jepun pun ketat juga peraturannya. Saya tidak mahu orang ramai mempunyai idea...oh...terpakai, barang lama," katanya.

Ong berkata gerabak itu adalah untuk kegunaan perkhidmatan KTM Antarabandar dan dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini selepas menjalani pengubahsuaian.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Pengangkutan telah membatalkan pembelian tren Diesel Multiple Unit (DMU) terpakai dari Sepanyol bernilai RM64 juta berikutan kegagalan pembekal menyerahkan unit berkenaan pada masa yang dijanjikan.

KTM Bhd dalam kenyataan akhbar sebelum itu menjelaskan keputusan untuk membeli tren DMU itu dibuat atas keperluan mendesak bagi menampung keperluan pengguna perkhidmatan itu, yang kini seramai 95,000 penumpang sehari. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan