DAP Berunding Dengan PKR Soal Calon Kerusi Parlimen Sibu

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: DAP akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini malam ini untuk mencapai keputusan berhubung calon pakatan pembangkang bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng berkata hasil perbincangan itu akan hanya diumumkan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke sini pada 18 April.

Beliau menafikan laporan akhbar hari ini yang memetik Dr Wan Azizah sebagai menegaskan bahawa partinya perlu dibenarkan mewakili pakatan DAP-PAS-PKR itu.

Wong berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin DAP setempat yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kidurong Chiu Ching Sing.

Beliau turut membacakan kepada pemberita mesej khidmat pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya oleh Dr Wan Azizah bagi memperjelaskan laporan akhbar itu yang menurutnya telah diputar belit.

Wong berkeyakinan penuh bahawa partinya akan mewakili pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil berkenaan.

"Kami akan meletak calon terbaik yang dipilih daripada enam muka baru yang telah kami didik sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

"Mereka, termasuk bekas setiausaha penaja SUPP cawangan Dudong Wong Chin Yong yang menyertai kami baru-baru ini, dan sejak sembilan bulan lepas, beliau telah pun mendekati akar umbi di kawasan kerusi DUN Nangka, Bawang Asan dan Pelawan. Jadi, calon kami sudah cukup dikenali.

"Bagi DAP, pilihan raya kecil ini juga bagi mengukur sejauh mana sokongan masyarakat kepada kami dalam pilihan raya negeri yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh berkata nama calon bagi pilihan raya kecil itu telah pun dikemukakan kepada ibu pejabat parti dan Barisan Nasional (BN) negeri untuk pertimbangan.

Beliau enggan mendedahkan nama calon itu, dan berkata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri, akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan