Akta Jualan Langsung Dipinda Bagi Lindungi Pengguna

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Akta Jualan Langsung 1967 akan dipinda bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang terbabit dalam jualan langsung secara haram atau yang berunsur penipuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta berkenaan akan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini untuk bacaan kali pertama.

"Di bawah pindaan itu, skopnya akan lebih jelas dan luas untuk tindakan tegas ke atas mereka terbabit menipu dimana akta yang ada sekarang hanya membabitkan bagi skim jualan langsung dan ianya tidak meliputi skim piramid, cepat kaya, gores dan menang, tawaran jualan melalui sms atau facebook," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Gotong Royong Perdana di Bandar Kemayan, dekat sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, di bawah pindaan baru itu nanti, mereka yang didapati menipu menerusi jualan langsung termasuk perniagaan atau peraduan "gores dan menang" misalnya, bakal menerima hukuman denda yang lebih berat.

"Individu atau perseorangan yang menjalankan jualan "Gores dan Menang" misalnya nanti (selepas pindaan) boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta, manakala syarikat pula denda maksimum RM5 juta, berbanding akta yang ada sekarang denda RM250,000 ke atas peniaga perseorangan dan RM500,000 ke atas syarikat," katanya.

Beliau berkata cadangan pindaan tersebut telah mendapat kelulusan Peguam Negara dan telah dibentangkan serta diluluskan kabinet pada Jumaat lepas.

"Kita akan bentang di Parlimen pada Jumaat ini dan kita berharap diluluskan Parlimen serta boleh dikuatkuasakan sebelum akhir tahun ini," katanya.

Beliau berharap menerusi pindaan itu nanti ia akan dapat melindungi pengguna daripada terus menjadi mangsa pihak yang cuba mengaut keuntungan besar menerusi penipuan seperti program peraduan "Gores dan Menang".

"Kerajaan sebenarnya tidak pernah mengeluarkan lesen peraduan gores dan menang kepada mana-mana peniaga.

"Jadi, orang ramai yang didatangi pihak yang menawarkan peraduan gores dan menang diminta melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa," katanya.

Orang ramai boleh terus melaporkan kegiatan jualan langsung haram atau yang berunsur penipuan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, menerusi talian hotline 1-300-888-25. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan