Yang Dipertua Negeri Sarawak Beri Penghormatan Terakhir Kepada Robert Lau

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Norkiah hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew di kediaman mendiang di Jalan Bruang di sini hari ini.

Mereka adalah antara beribu-ribu orang daripada segenap lapisan masyarakat yang berbuat demikian.

Ketibaan Tun Abang dan isteri disambut balu Lau, Datin Jenny Lau Ung Hie, tiga anak mereka dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri Datuk Sri Wong Soon Koh.

Jenazah Lau tiba di sini pada kira-kira pukul 10.50 malam tadi dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuala Lumpur.

Wong dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang adalah antara lebih 1,000 orang yang berada di Lapangan Terbang Sibu bagi menyambut ketibaan jenazah Lau.

Lau, yang menjadi Anggota Parlimen Sibu selama lima penggal sejak 1990, akan disemadikan di Nirvana Memorial Park esok selepas upacara keagamaan di Gereja St. Mary, yang bermula pada pukul 9 pagi.

Beliau meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi di Hospital Selayang, Selangor setelah sekian lama menghidap barah hati. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan