Permasalahan Antara Agama Ditumbulkan Ahli Politik - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kebanyakan masalah antara agama yang wujud di negara ini ditimbulkan ahli politik yang sempit pengetahuan agamanya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru kata beliau, penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama diharap dapat menjadi jambatan bagi menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh mereka dengan tujuan menjadikannya isu polemik.

"Masalah antara agama ini tidak diwujudkan oleh pengemudi dan pemuka agama tetapi diwujudkan oleh ahli-ahli politik yang agak sempit dalam agamanya yang menyebabkan timbulnya permasalahan ini," kata Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sehari di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak di sini.

Beliau berkata kewujudan jawatankuasa itu juga dijangka dapat membantu menterjemahkan keharmonian masyarakat 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid juga menyifatkan pelantikan Datuk Ilani Isahak sebagai Pegawai Penyelaras Khas bagi jawatankuasa itu bertepatan kerana beliau merupakan bekas peguam yang mempunyai latar belakang agama yang luas.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab mengenalpasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

Ia dianggotai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Allied Coordinating Comitte for Islamic NGOs (ACCIN), ahli akademik serta wakil dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan