Pemilik Restoran Enggan Benarkan Pekerja Asing Pulang: MTUC

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 150,000 pekerja asing yang bekerja di restoran dan kedai kopi tidak dapat pulang ke tanah air selepas visa mereka tamat tempoh kerana majikan mereka memegang pasport mereka, dakwa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini.

Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, pekerja berkenaan tidak berniat untuk tinggal melebihi tempoh tetapi mereka telah dieksploitasi oleh majikan yang memegang pasport mereka dan enggan memperbaharui visa mereka yang telah tamat tempoh.

"Sehubungan itu, MTUC mencadangkan kerajaan memberikan pengampunan khusus kepada kumpulan itu untuk kembali ke negara asal mereka," katanya.

Balasubramaniam mendakwa pemilik restoran tidak serius untuk menggaji pekerja tempatan dan ini dicerminkan melalui tindakan mereka yang menawarkan gaji rendah dengan keadaan tempat kerja yang tidak selesa.

"Sebagai contoh, walaupun majikan mendakwa mereka menawarkan RM850 sebulan, ini bagi hampir 12 jam waktu bekerja dan bukannya lapan jam seperti termaktub dalam undang-undang buruh Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan