Lau Banyak Memberi Sumbangan Dan Jasa Kepada Sarawak Dan Negara, Kata Taib

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kematian Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew merupakan satu kehilangan besar bagi negeri Sarawak.

Beliau berkata mendiang telah banyak memberikan sumbangan dan jasanya kepada negara dan negeri Sarawak sepanjang beliau berkhidmat dalam kerajaan pusat.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Lau yang merupakan anggota Parlimen Sibu selama lima penggal sejak 1990 telah bekerja keras untuk membangunkan bandar Sibu termasuk daripada aspek kebersihan, katanya.

"Saya bagi pihak rakyat dan kerajaan negeri ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan ini merupakan satu kehilangan kepada Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Perlembagaanku di sini hari ini.

Lau, 68, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pagi semalam setelah sekian lama menghidap barah hati. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan