Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama Berbeza Dengan IFC

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Semua pihak perlu memahami bahawa Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini, berbeza dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), yang ditolak kerajaan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu adalah bagi mempromosikan persefahaman bersama dan keharmonian di kalangan pelbagai agama.

"Dalam jawatankuasa ini, kita akan duduk berbincang tentang hal-hal berkaitan sensitiviti agama dan mencari persefahaman yang tidak ada kena mengena dengan sebarang peraturan atau parti politik.

"Kalau ada hal-hal yang timbul, akan dibincangkan dan diselesaikan di peringkat itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Dekat Rakyat Giatmara-Yayasan Taqwa di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.

Presidennya, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata, mufti dan alim ulama diminta memberi pandangan mengenai penubuhan jawatankuasa itu kerana ramai yang terperanjat kerana cadangan seperti ini dulu sudah kedengaran tetapi mendapat bantahan umat Islam.

Jamil Khir berkata, namun sekiranya ada pihak mahu penubuhan jawatankuasa itu dirujuk kepada mufti dan alim ulama, ia boleh juga dilakukan bagi mengelakkan timbulnya keraguan di kalangan pihak tertentu.

"Tapi penubuhan jawatankuasa itu adalah semata-mata untuk tujuan perpaduan dan tidak ada kena mengena dengan perundangan atau bertujuan untuk menggubal akta.

"Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Perpaduan hanya untuk mendapatkan pandangan awal dan cari jalan supaya jangan timbul hal-hal yang sukar kita bendung di luar," katanya.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu dan diketuai oleh bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Ilani Isahak itu, bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

Ia dianggotai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Allied Coordinating Comitte for Islamic NGOs (ACCIN), ahli akademik serta wakil dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan