Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hui Choi meninggal dunia di kediamannya di sini pagi ini, setelah sekian lama menghidap barah. Mendiang Lau berusia 68 tahun.

Setiausaha sulitnya, Peter Hu mengesahkan Lau, yang juga Anggota Parlimen Bandar Sibu, meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Mendiang meninggalkan seorang isteri Datin Janet Lau Ung Hie dan tiga anak.

Lau, yang berasal daripada keluarga perniagaan terkemuka di Sibu, dipilih sebagai anggota Parlimen pada 1990, mengekalkan kerusi yang sama selama lima penggal di bawah Barisan Nasional (BN). Beliau bertanding di kerusi itu yang diperuntukkan untuk Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Naib Presiden SUPP itu dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mac 2004, portfolio yang dikekalkannya selepas pilihan raya umum pada 2008.

Bagaimanapun, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri pada April tahun lepas, Lau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam rombakan kecil Kabinet.

Lau pernah dikenali dengan panggilan "raja tandas", bagi usahanya untuk memastikan kebersihan di tandas awam di seluruh negara semasa berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Abang mendiang, Datuk Lau Hui Siong, ahli perniagaan terkemuka dan pengasas syarikat konglomerat KTS Group, yang terbabit dalam industri kayu dan media termasuk Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily, meninggal dunia pada Oktober 2004, juga akibat barah.

Pada pilihan raya umum lepas, Lau mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Sibu dengan majoriti 3,235 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Lim Chin Chuang (PKR) dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.

Kematian Lau akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-11 bakal diadakan di negara ini sejak pilihan raya umum pada Mac, 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan