Shahrizat Gesa Pengajaran Kesihatan Reproduktif Disegerakan

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa agar pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada pelajar sekolah berumur seawal 12 tahun disegerakan.

Beliau berkata subjek berkenaan perlu dipercepatkan kewujudannya bagi membendung gejala kelahiran dan kehamilan luar nikah yang menjurus kepada kes pembuangan bayi yang semakin meningkat kini.

"Saya minta Kementerian Pelajaran supaya mengambil berat isu ini, walaupun pada masa ini ada subjek atau pengajaran tentang kesihatan reproduktif tetapi ia tidak cukup mendalam.

"Kita mesti ajar mereka (pelajar) secara ilmiah, saintifik dan berhemah. Jadi kita minta kementerian berkenaan tingkatkan masa yang diajar untuk subjek itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di sini semalam.

'Kami Prihatin' merupakan inisiatif akhbar Utusan Malaysia untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Beliau berkata kementerian itu telahpun mengesyorkan modul kesihatan reproduktif ini kepada Kementerian Pelajaran, tetapi sehingga kini masih tertangguh kerana ramai yang menganggap isu itu sebagai sensitif dan tabu.

"Selalu kita lihat kes-kes kehamilan ini berlaku kepada anak-anak muda kita berumur 14, 15 tahun...jadi sebelum hormon dan biologi mereka menimbulkan masalah, mereka mesti dah tahu, jangan terlambat.

"Kita dapati ramai remaja kita tidak mengetahui tentang risiko apa yang akan berlaku jika pasangan itu membuat hubungan intim. Saya percaya kalau ramai remaja kita tahu apa akan terjadi kepada badan mereka, maka perkara seperti kehamilan luar nikah dapat dikawal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan