Masalah Kesihatan: Lebih 1,200 Pelatih PLKN Dihantar Pulang

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Lebih 1,200 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 7 2010 dihantar pulang selepas diberi pengecualian di atas faktor kesihatan mereka, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil hari ini.

Katanya, mereka dikesan mengalami masalah kesihatan termasuk rekod pembedahan dan penyakit asma yang kronik semasa proses saringan kesihatan yang dilakukan di kem-kem seluruh negara.

Bercakap kepada para pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pelatih PLK Ndi Kem Tasik Meranti dekat sini hari ini, beliau berkata, mereka diberi pengecualian kerana gagal memenuhi tuntutan silibus PLKN terutama yang berkaitan dengan latihan fizikal yang lasak.

Pada masa ini, 31,922 pelatih Kumpulan 2 PLKN sedang menjalani latihan di 79 kem PLKN di seluruh negara yang bermula 15 Mac lepas.

Mengenai simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) beliau berkata, jika dikesan kes seperti itu, para pelatih akan dikenakan tindakan kuarantin bagi mengelakkan jangkitannya merebak ke populasi luar.

Sebanyak 60 pelatih daripada 350 pelatih PLKN Gua Musang dikuarantin sejak tiga hari lalu kerana mereka dikesan mempunyai simptom itu.

Sementara itu, 40 alumni PLKN ditawarkan berkhidmat sebagai sukarelawan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, 19 hingga 22 April ini.

"Mereka akan mengiringi delegasi-delegasi kenamaan ke gerai-gerai pameran," katanya.

Ia adalah pembabitan kedua PLKN dalam program berskala besar negara selepas penyertaan pelatih dari tiga kem di sekitar Kuala Lumpur melalui Kejohanan Dunia Formula One di Litar Sepang baru-baru ini.

"Malah, tenaga alumni PLKN juga dijangka diperlukan untuk penganjuran Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) akan datang iaitu secara tidak langsung memberi pengiktirafan besar kepada PLKN," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan