Majlis Permuafakatan Tangani Kes 'Geng Kapak ' Kecoh

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Majlis permuafakatan yang bertujuan menyelesaikan kes buli membabitkan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Mat di sini bertukar tegang apabila ibu bapa terbabit saling tuduh-menuduh.

Keadaan tegang berlaku apabila ibu bapa salah seorang daripada empat pelajar lelaki yang didakwa membuli Norizan Janal A'bidi, 15, tidak berpuas hati atas tindakan ibu mangsa yang melaporkan kes itu kepada pihak media dan polis.

Ibu bapa pelajar lelaki berkenaan turut menafikan anak mereka terbabit dalam kes buli itu dan menuduh mangsa sengaja mengada-adakan cerita.

Kekecohan itu menyebabkan majlis permuafakatan membabitkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jemaah Nazir dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis, pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit yang sepatutnya berakhir dengan perdamaian, bertukar sebaliknya.

Ibu mangsa, Jelimah Abdullah, bagaimanapun mempertahankan dakwaannya dan berkata, beliau tidak berhasrat memperbesar-besarkan isu itu kerana tujuan sebenarnya adalah untuk menjamin keselamatan anaknya di sekolah.

Sementara itu, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN, Jaafar Idris berkata, pihaknya mengakui berlaku salah faham sehingga menjejaskan majlis permuafakatan yang dirancang itu.

"Kes ini akan disiasat dengan segera sebelum sebarang tindakan diambil. Semuanya masih dalam siasatan dan ingin saya jelaskan bahawa sesiapa yang bersalah tetap akan dikenakan tindakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan kementerian," katanya kepada pemberita di sekolah tersebut di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Norizan mendakwa sering menjadi mangsa buli dan ugutan oleh empat rakan sekelasnya yang menggelarkan diri mereka "Geng Kapak" sejak Februari lepas.

Sepanjang tempoh itu, geng tersebut dikatakan meminta wang 50 sen hingga RM1 daripada mangsa dan akan memukulnya jika tidak memenuhi permintaan mereka.

Terbaru, kira-kira pukul 1 tengah hari dua hari lepas, mangsa mendakwa cedera dilibas dengan kerusi di punggung manakala kepalanya ditekan di atas meja sehingga tudung yang dipakainya tertanggal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahya Othman berkata, keempat-empat pelajar lelaki terbabit telah dipanggil untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, keempat-empat pelajar itu mengaku menggelarkan diri sebagai "Geng Kapak" tetapi tidaklah sehingga terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah atau samseng.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T.Narenasagaran menafikan wujudnya kumpulan samseng di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, pelajar perempuan itu merupakan pelajar baru di sekolah tersebut dan sebelum ini, dia tinggal bersama ibu saudaranya di Cheneh dekat Kemaman.

Katanya, siasatan awal menunjukkan kesan luka yang terdapat pada punggung dan lehernya itu merupakan kesan luka lama.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih menyiasat kes itu secara terperinci. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan