Jentera Wanita BN Tak Terjejas - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persediaan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini tidak terjejas dengan peletakkan jawatan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kekuatakan politik BN bukannya bergantung kepada kekuatan seorang pemimpin semata-mata.

“Pemimpin datang dan pergi tetapi sistem itu mesti kukuh. Sistem yang ada dalam BN kukuh.

“Datin Paduka Chew merupakan seorang pemimpin yang amat bagus dan kami akan merinduinya, namun perjuangan mesti diteruskan.

"Jalan terbaik dalam politik ialah kita perlu bergerak ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Kami Prihatin’ anjuran Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan mengejut Chew yang meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datuk Yu Chok Tow dipilih menggantikan Chew menerajui sayap MCA itu manakala Tan Ah Eng yang merupakan bekas naib presiden parti dipilih sebagai timbalan.

Pada masa sama, beliau juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA berkuat kuasa hari ini.

Mengulas lanjut mengenai peletakkan jawatan Chew, Shahrizat berkata, pemimpin wanita MCA itu telah menemuinya tiga hari lalu bagi membincangkan mengenai peletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

“Kami telah mengadakan perbincangan dan dalam pertemuaan itu beliau telah menyatakan keputusannya itu muktamad dan saya menghormati keputusan yang diambil oleh beliau.

“Sepanjang Datin Paduka Chew Mei Fun menjadi timbalan menteri di kementerian beliau adalah seorang pemimpin berdedikasi dan komited terhadap kerja beliau amat saya kagumi dan hargai,” ujarnya.

Ditanya adakah Chew mengemukakan sebarang alasan mengenai peletakkan jawatannya itu, Shahrizat berkata: “Tidak ada. Beliau hanya kata kepada saya itu prinsip beliau.

“Oleh kerana beliau seorang yang berprinsip maka beliau tidak ada pilihan yang lain. Saya menghormati keputusannya itu.”

Mengenai harapannya terhadap pengganti timbalannya dan Ketua Wanita MCA, Shahrizat berharap sesiapa sahaja yang dipiliih akan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin MCA tersebut.

Pada 16 November tahun lepas, Chew memberitahu media bahawa beliau akan melepaskan jawatannya jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks, menjadi presiden MCA.

Dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, Soi Lek menewaskan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan