Yang Dipertua Dewan Negara Cadang Lebih Banyak Lawatan Pemimpin Malaysia Dan China

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng berharap lebih banyak lawatan diadakan oleh anggota-anggota Parlimen dan juga pemimpin-pemimpin Malaysia dan China.

"Saya yakin menerusi cara ini hubungan antara Parlimen Malaysia dan Kongres Rakyat Kebangsaan akan dapat diperkukuhkan," katanya selepas mengunjungi Jia Qinglin, pengerusi Persidangan Badan Perundingan Politik Rakyat China di sini.

Pertemuan Wong dengan rakan sejawatannya dari China itu adalah sempena lawatan beliau dan rombongan selama empat hari ke negara ini untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

Wong memberitahu Bernama bahawa hubungan perdagangan antara Malaysia dan China menunjukkan pertumbuhan menggalakkan walaupun dalam suasana ekonomi dunia yang kurang baik.

Dagangan dua hala tahun lepas berjumlah US$50 bilion, dengan China mengimport barangan berjumlah US$30 bilion dari Malaysia.

"Kita melihat potensi yang amat besar dalam kerjasama ini," kata Wong.

Katanya Malaysia telah membuat beberapa cadangan kepada China bagi membolehkan jumlah dagangan dua hala dipertingkatkan lagi.

Menurut beliau berdasarkan sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada US$7,000 kepada US$15,000 menjelang 2020, kemampuan Malaysia untuk mengimport lebih banyak barang China akan bertambah.

Wong berkata sektor pelancongan juga berpotensi untuk diperluaskan manakala dalam bidang pendidikan, lebih ramai pelajar China kini melanjutkan pelajaran di Malaysia hasil kerjasama dan hubungan antara Kementerian Pelajaran dan juga universiti di kedua-dua negara.

Kini terdapat 10,000 pelajar China di Malaysia manakala bilangan pelajar Malaysia di China juga semakin bertambah, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan