Wartawan Kajai Bakal Bawa Pulang RM30,000

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai RM30,000 serta pingat emas seberat 100 gram bakal dibawa pulang oleh wartawan yang akan dinobatkan sebagai Wartawan Kajai pada Malam Wartawan Malaysia 2010 di sini 16 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, jumlah wang tunai tersebut adalah tambahan RM6,000 daripada yang diberikan pada tahun lepas.

"Penambahannya adalah sebagai galakan kepada pemenang untuk terus menghasilkan penulisan yang berkualiti," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan pihak penaja untuk majlis tersebut, di sini hari ini.

Sebanyak 48 badan korporat menjadi penaja kepada Malam Wartawan Malaysia 2010.

Chamil berkata, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2009 akan menyaksikan sedikit kelainan apabila anugerah bagi Tokoh Wartawan Negara tidak akan diumumkan pada malam tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Sebaliknya MPI telah memutuskan untuk menganjurkan satu acara berasingan khusus untuk menobatkan Tokoh Wartawan Negara," katanya.

Beliau berkata, panel pemilih yang diketuai oleh Tokoh Wartawan Negara 2006 yang juga bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin akan mengenal pasti tokoh wartawan yang akan menerima anugerah tersebut.

MPI telah menerima dua pencalonan bagi anugerah Tokoh Wartawan Negara 2009.

Chamil berkata, penyertaan bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2009 amat memberangsangkan di mana 196 peserta mewakili 21 jenama media, akhbar, majalah, agensi berita dan televisyen telah mengemukakan penyertaan masing-masing.

Jumlah keseluruhan artikel yang dibaca oleh penal hakim yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Safar Hasim dari Universiti Kebangsaan Malaysia ialah sebanyak 814 buah, katanya.

"MPI berbangga dengan penyertaan kali ini yang berupa satu peningkatan yang cukup hebat dalam sejarah Hadiah Kewartawanan Malaysia, mungkin hadiah lumayan menjadi tarikan untuk mereka ikut serta, kata beliau.

Sebanyak 13 kategori lain akan dipertandingkan yang menawarkan hadiah RM15,000 bagi setiap kategori, seperti Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail, Laporan Berita Cemerlang, Penulisan Rencana Cemerlang, Kewartawan Penyiasatan Cemerlang dan Dokumentari Video Terbaik.

Chamil berkata, bagi mengeratkan hubungan Malaysia dengan Republik Indonesia, MPI turut mengundang wakil media dari negara jiran tersebut untuk memeriahkan Malam Wartawan Malaysia 2010, termasuk wartawan dari Sarawak dan Sabah.

Katanya, majlis anugerah akan turut diserikan dengan tiga artis generasi baru iaitu Anna Rafali, Aizat dan Alya.

Beliau berkata, buat pertama kali juga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan