Sabah Perketat Undang-Undang Jaga Kebersihan - Berita Semasa | mStar

Sabah Perketat Undang-Undang Jaga Kebersihan

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kerajaan Sabah akan memantapkan lagi undang-undang kecil berhubung keberishan bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan di negeri itu berfungsi dengan lebih berkesan ke arah meningkatkan tahap kebersihan bandar di seluruh negeri itu.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Ghulam Khaidar Khan Badar Khan berkata aspek kebersihan bandar di Sabah masih menjadi masalah di kebanyakan PBT dan melalui penguatkusaan undang-undang kecil itu nanti akan mampu mengatasi masalah berkenaan.

"Pelaksanaan undang-undang kecil ini akan diperluaskan ke seluruh PBT di Sabah," katanya kepada Bernama selepas pelancaran program gotong royong sempena kempen kebersihan dan keindahan bandar Tawau di sini.

Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Nor.

Ghulam Khaidar Khan berkata orang ramai juga perlu menanam sikap suka kepada kebersihan kerana kempen kebersihan bandar tidak akan berjaya sepenuhnya jika disandarkan kepada pihak PBT semata-mata.

"Kesedaran orang ramai masih rendah dalam menjaga kebersihan," katanya.

Sempena kempen kebersihan dan keindahan Tawau yang bertemakan "Tawauku Bersih dan Indah", Tawfiq menyampaikan sijil kepada pengusaha restoran yang mencapai tahap kebersihan gred A dan B.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan