Pesawat AirAsia Patah Balik Selepas Berlepas Dari Bayan Lepas - Berita Semasa | mStar

Pesawat AirAsia Patah Balik Selepas Berlepas Dari Bayan Lepas

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Sebuah pesawat AirAsia AK 5072 dari Pulau Pinang ke Macau terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) selepas mengalami masalah teknikal.

Ini menyebabkan 180 penumpang pesawat tersebut terkandas di LTABL kira-kira lima jam.

Ketua Stesyen AirAsia Pulau Pinang, Kenneth Tan berkata pesawat berkenaan berlepas dari LTABL pada pukul 6.30 pagi dan terpaksa berpatah balik 45 minit kemudian, selepas mengalami masalah teknikal.

"Selepas 45 minit berlepas, juruterbang pesawat menyedari ada masalah teknikal pada pesawat dan mengambil tindakan untuk berpatah balik," katanya kepada pemberita di LTABL, di sini.

Beliau berkata pesawat berkenaan mendarat semula dengan selamat di LTABL pada 7.37 pagi dengan pemeriksaan segara dilakukan.

Tan berkata kesemua penumpang berlepas semula ke Macau pada 12.40 tengah hari dengan pesawat lain.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad, Abdul Wahab Mohd Yusof berkata kejadian tersebut tidak menjejaskan jadual penerbangan pesawat lain.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan