NGO Sokong Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama hari ini menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama dengan harapan ia dapat memperbaiki hubungan antara agama di negara ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) Tan Sri Abdul Hamid Othman berkata beliau menyokong sepenuhnya penubuhan jawatankuasa itu dalam memberikan penerangan mengenai kedudukan agama Islam yang dilihat semakin dihakis kedudukannya di negara ini.

"Melalui penubuhan jawatankuasa ini, segala isu atau perkara yang memperlekehkan Islam dapat dielakkan seterusnya memartabatkan agama Islam itu sendiri seperti yang termaktub di dalam perlembagaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Abdul Hamid, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, melalui penubuhan jawatankuasa itu, ia boleh mengelakkan perasaan dan cita-cita untuk merendahkan agama Islam.

Jawatankuasa Kerja Perhubungan antara Agama, diketuai oleh bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Ilani Ishak, ditubuhkan pada Februari lalu dengan tujuan mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama selain bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

Jawatankuasa itu dianggotai Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Allied Coordinating Comitte for Islamic NGOs (ACCIN), ahli akademik serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Presiden Persatuan Hindu Sanggam Malaysia RS Mohan pula berkata penubuhan jawatankuasa itu dilihat dapat memperbaiki hubungan kaum di kalangan rakyat di negara ini.

"Saya menyokong penuh penubuhan jawatankuasa ini kerana kita boleh berbincang antara satu kaum dan menyelesaikan sekiranya wujud sebarang isu berkaitan agama dan selesaikannya dengan cara baik," katanya.

Mohan yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata melalui jawatankuasa itu, semua anggota boleh berbincang lebih mendalam untuk mengatasi sebarang isu sensitif terutamanya isu agama yang melibatkan semua kaum di negara ini.

"Anggota jawatankuasa ini boleh duduk semeja dan berbincang secara mendalam untuk mengatasi sebarang masalah berbangkit dan orang yang dilantik ke dalam jawatankuasa itu diharap dapat menghormati agama lain," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Belia Buddhist Malaysia Sek Chin Yong berkata beliau sangat menyokong penubuhan jawatankuasa ini dan berharap ianya diketuai oleh semua pemimpin persatuan agama di negara ini.

"Saya berharap semua pemimpin persatuan agama di negara ini dapat menyelesaikan perbezaan agama dan aliran kerana negara kita mempunyai kepelbagaian kaum dan agama," katanya.

Sek berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah satu platform terbaik untuk berinteraksi dan menyelesaikan isu sensitif terutamanya berkaitan dengan agama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan