K'jaan Kaji Cadangan Jajaran LRT Disambung Hingga Ke Sungai Buloh: Ong

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji cadangan supaya laluan Transit Aliran Ringan (LRT) yang baru iaitu dari Kota Damansara ke Cheras, sejauh 43 kilometer disambung sehingga ke Sungai Buloh dan Kajang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sambungan dari Kota Damansara ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Buloh sejauh tiga kilometer bertujuan menyediakan integrasi lebih baik dengan perkhidmatan komuter di sebelah utara.

Beliau berkata, sambungan dari Cheras hingga Kajang sejauh sembilan kilometer pula bertujuan mengintegrasikannya dengan perkhidmatan komuter KTMB di sebelah selatan.

"Laluan LRT baru ini juga akan mempunyai jajaran tambahan dari Uptown Damansara Utama ke Kelana Jaya sejauh empat kilometer bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Damansara Puchong," katanya.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu mengenai kedudukan projek landasan LRT dari Kota Damansara ke Sungai Long, Cheras dan juga kemajuan projek penyambungan aliran Ampang dan Kelana Jaya ke Puchong.

Ong berkata, cadangan sambungan laluan baru itu akan melibatkan tambahan sejauh 16 kilometer menjadikan panjang keseluruhan projek itu adalah 59 kilometer.

"Buat masa ini, projek jajaran LRT baru ini sedang dalam peringkat kajian awalan oleh perunding kejuruteraan yang telah dilantik," katanya.

Mengenai sambungan LRT aliran Ampang dan aliran Kelana Jaya pula, beliau berkata kerja-kerja reka bentuk terperinci bagi kedua-dua projek berkenaan telah hampir siap.

"Kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan dari tarikh tawaran kontrak dikeluarkan," katanya.

Aliran Kelana Jaya sedia adalah dari Gombak ke Kelana Jaya dan ia akan disambung sehingga Putra Height manakala aliran Ampang dari Sentul Timur ke Sri Petaling juga akan disambung ke Putra Height.

Menjawab soalan Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang mempersoalkan mengenai tempoh masa menunggu, Ong berkata, masa menunggu LRT aliran Kelana Jaya pada waktu puncak sekarang adalah selama 2.8 minit dan ia akan dapat dikurangkan kepada dua minit menjelang Oktober ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan