Kes ILI Terhad Di Kawasan Tertentu Sahaja - Liow

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sekali lagi menyeru orang awam supaya tidak panik tetapi sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan diri bagi mengelak dijangkiti Kluster ILI iaitu penyakit seakan influenza H1N1.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun kejadian Kluster ILI meningkat tetapi masih terhad di kawasan tertentu sahaja.

"Merujuk kepada keadaan semasa, aktiviti ILI telah menunjukkan peningkatan di tiga buah negeri iaitu Melaka, Selangor dan Kedah...di Kedah aktiviti ini masih terhad di Pulau Langkawi", katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengikut laporan yang diterima berhubung ILI, seramai 32 pelajar di Pahang telah menerima rawatan sebagai pesakit luar, di Selangor seramai 23 pelajar adalah ILI dan empat pelajar adalah positif H1N1 tetapi telah dibenarkan pulang.

Di Kedah pula melibatkan 173 pelajar tetapi hanya dirawat sebagai pesakit luar sahaja, katanya.

Sehingga Isnin lepas, seramai 118 pesakit baru ILI telah dimasukkan ke hospital manakala 65 kes telah dibenarkan keluar dan jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat adalah sebanyak 507 kes.

Daripada jumlah itu, 36 kes adalah Influenza H1N1 dan telah disahkan.

"Daripada 36 kes itu, empat kes telah disahkan oleh makmal dan telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu dua di Kuala Lumpur, masing-masing satu di Kelantan dan Selangor tetapi tiada laporan kematian diterima", katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan