Chew Letak Jawatan, Yu Teraju Baru Wanita MCA

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Beliau turut melepaskan kedudukanya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sehubungan Timbalan Ketua Wanita, Datuk Yu Chok Tow dipilih menggantikan Mei Fun menerajui sayap MCA itu manakala Tan Ah Eng yang merupakan bekas naib presiden parti dipilih sebagai timbalan.

Pada masa sama, Chew juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA berkuat kuasa hari ini.

Mengenai jawatan dalam kerajaan, beliau memberitahu pemberita di Wisma MCA di sini hari ini bahawa surat melepaskan jawatan sebagai senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara dan surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya berkuat kuasa 29 April akan diserahkan esok.

Bagaimanapun beliau hanya melepaskan jawatan parti dan masih kekal sebagai ahli.

"Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap misi dan matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya," katanya Tindakannya itu, jelasnya, adalah kerana tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam MCA yang telah menyebabkan budaya dan nilai Wanita MCA telah terhakis.

"Jika saya berdiam diri tanpa bertindak melindungi nilai ini, saya akan merasa malu," katanya.

Pada 16 Nov tahun lepas, Chew memberitahu media bahawa beliau akan melepaskan jawatannya jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks, menjadi presiden MCA.

Dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, Soi Lek menewaskan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Chew mengucapkan terima kasih kepada Najib serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan pemimpin-pemimpin MCA yang telah menyokong beliau selama ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan