Che Khalib Dipilih CEO Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, dipilih sebagai CEO terbaik pada majlis Anugerah Tenaga dan Elektrik Asia 2010 yang pertama kali diadakan.

Acara itu berlangsung bersempena Persidangan Tenaga dan Elektrik Dunia Asia serta Persidangan Elektrik Bestari Dunia Asia di Singapura pada Selasa.

"Saya berbesar hati menerima anugerah ini memandangkan ia merupakan pengiktirafan industri terhadap ketabahan dan dedikasi setiap orang di TNB, setelah kami berusaha mengubah kumpulan kepada organisasi yang bereputasi baik di rantau ini," kata Che Khalib dalam kenyataan yang dikeluarkan TNB kepada Bernama, hari ini.

Anugerah itu memberi pengiktirafan kepada ketua korporat di atas kemahirannya, mengembangkan dan mengubah sesebuah organisasi ke arah syarikat tenaga yang menguntungkan, bertanggungjawab dan mampan di rantau ini.

Tahun lepas, peneraju TNB itu dipilih sebagai CEO Terbaik Malaysia 2008, pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada pemimpin korporat dalam negara.

TNB juga dicalon untuk Anugerah Syarikat Tenaga Terbaik pada acara di Singapura itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan