Calon BN Di Hulu Selangor Daripada MIC - Najib

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Barisan Nasional akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini selaras dengan semangat setiakawan dalam B Nmemandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.

"Sebab itu adalah kerusi MIC. Kita dalam Umno, MCA PPP Gerakan akan sokong calon Barisan Nasional tapi saya minta satu biarlah calon itu ditentukan oleh (beliau selaku) Pengerusi Barisan Nasional sebab saya nak kita menang," katanya pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor di sini semalam.

Najib berkata beliau tidak mahu "ada perkiraan" dalam mana-mana parti komponen dalam isu pemilihan calon ini kerana yang penting adalah kemenangan Barisan Nasional. "Sebagai kawan, kalau kalah bukan MIC yang kalah tetapi BN, kalau MIC menang, BN menang," katanya.

Najib berkata sebagai Pengerusi BN, beliau akan memilih calon terbaik bagi memuaskan hati semua pihak.

Beliau juga menasihatkan parti-parti komponen BN supaya memberi tumpuan kepada tugas dan bukannya memikirkan soal calon.

"Jangan fikir pasal calon, fikir buat kerja, gerakkan jentera, jangan alpa, jangan leka, jangan malas," katanya.

Beliau berkata konvensyen hari ini diadakan untuk memulihkan semangat B Nbagi mendapat iltizam baru, kesungguhan dan merapatkan barisan bagi memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor.

Pada sidang akhbar kemudian, Najib berkata sentimen dan mood pada masa sekarang ini memihak kepada Barisan Nasional.

Perdana Menteri berkata bahawa dalam pilihan raya kecil ada faktor-faktor yang perlu diambil kira, satu daripadanya ialah faktor calon, sedangkan dalam pilihan raya umum, ia lebih menjurus kepada kepimpinan negara dan isu nasional.

"Soal isu penting juga tapi dalam pilihan raya kecil dia ada faktor-faktor lain yang diambil kira, jadi sebab itulah kalau kita nak menang, kita mesti ambil kira apa yang akan dibuat perhitungan oleh pengundi dalam satu-satu kawasan," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan beliau semalam supaya jangan dipertikai keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan calon dan kenyataan beliau sebelum ini untuk mendengar denyut nadi rakyat dalam perkara itu, Najib berkata: "Kita ada beberapa perhitungan tetapi macam manapun bila sampai penentuan calon, mesti ada yang setuju dan ada yang tak setuju."

"Itu merupakan adat biasa tetapi yang penting kesetiaan dan kepercayaan kita setelah keputusan dibuat. Kita kena terima keputusan itu dan kita mesti pastikan calon yang ditentukan BN itu mendapat sokongan daripada kita."

Najib berkata pilihan raya kecil ini amat penting untuk BN Selangor kerana ia adalah sebagai batu loncatan dalam proses pemulihan tetapi di peringkat B Npusat "ia hanyalah satu lagi pilihan raya kecil".

Semasa konvensyen itu, Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, bersama pemimpin Barisan Nasional pusat dan negeri membacakan ikrar "Deklarasi Darul Ehsan" yang antaranya mahukan melakukan tranformasi untuk menjadi barisan hadapan dalam menjuarai isu rakyat.

Turut hadir pada konvesnyen itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden MCA dan juga Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden PPP, Datuk M.Kayveas, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung B NDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan