Brickfields Sedang Dibangun Sebagai Little India

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Brickfields yang terkenal sebagai sebuah kawasan perniagaan kaum India sedang dinaik taraf untuk secara rasmi dijadikan kawasan 'Little India'.

Apabila siap kelak, kawasan penempatan di pinggir ibu kota ini akan diwarnai dengan kewujudan leih banyak kedai perniagaan yang akan menjual pelbagai barangan khusus yang bercirikan kebudayaan masyarakat India negara ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan kira-kira RM35 juta untuk kerja-kerja menaik taraf yang akan memakan masa selama enam bulan bermula bulan ini.

"Kini kerja-kerja memindah 30 peniaga sedia ada ke tapak sementara sedang dilakukan," katanya di sini hari ini.

Saravan berkata, usaha menjadikan Brickfields sebagai Little India adalah sebagai memenuhi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat kawasan tersebut sebaik sahaja beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Beliau berkata, Little India itu dijangka dirasmi Disember ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan