Rais Lancar Buku Bergambar 'Pak Lah'

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah buku bergambar berjudul "Pak Lah" yang mengabadikan sebahagian besar detik kerjaya Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri kelima dan Presiden Umno keenam, dilancarkan hari ini.

Buku yang mengandungi koleksi 400 foto daripada Bernama itu dilancarkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Rais berkata, buku terbitan Bernama itu ditulis dan disusun dengan penuh perasaan dan kasih sayang.

"Sebagai seorang yang meminati fotografi, (saya dapati) gambar-gambarnya adalah peristiwa, jelas dan elok, susunan perspektifnya dari 400 foto yang disajikan ini, yang dijalin dan disusun dengan naratif yang lunak dan menukilkan pandangan yang tepat, seharusnya kita miliki bersama," katanya.

Beliau berkata, Perpustakaan Negara telah diminta mengedarkan buku itu ke perpustakaan di seluruh negara termasuk perpustakaan desa.

Buku berharga RM200 itu boleh didapati di Tingkat 7, Bahagian Pemasaran foto, Wisma Bernama di Jalan Tun Razak mulai hari ini.

Sambil menyifatkan kandungan buku tersebut penuh dengan hiasan serta seni penerbitan yang tinggi mutunya, Rais berkata buku itu secara ringkas merangkumi konsep raja berperlembagaan, pentadbiran, persepsi tentang keluarga Abdullah, perjuangan beliau dalam politik atau sahsiah tanahair, interaksi dengan media, hubungan antarabangsanya serta kebajikan yang beliau cetuskan dan wujudkan.

Abdullah, yang ditemui pemberita selepas itu berkata, beliau terharu dengan penerbitan buku bergambar tersebut.

"Sebenarnya, saya rasa terharu apabila saya diberitahu iaitu apa yang nak diusahakan oleh pihak Bernama dan Datuk Seri Dr Rais Yatim telahpun menjadi satu kenyataan, cuma saya belum tengok apa gambar yang ada di dalam tu.

"Tapi oleh sebab yang memilih gambar-gambar itu adalah seorang sahabat yang lama iaitu semenjak kami di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan sampailah sekarang, maka tentulah Yang Berhormat Datuk Seri Dr Rais Yatim tahu apa gambarnya yang nak dipilih," katanya.

Beliau mengganggap penerbitan buku itu sebagai sesuatu yang baik dan menarik serta satu pengkisahan seseorang yang dikenali dalam bentuk gambar yang boleh menjimatkan masa.

"Dan saya harap pendekatan sebegini boleh juga digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain," katanya.

Rais berkata, beliau akan membawa buku itu ke majlis forum yang berkaitan dengan maklumat, seni foto dan juga seni penerbitan buku berkualiti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan