Pas Bantu Kempen Calon PKR Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pas menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PKR mengenai calon pakatan pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya soal calon pilihan raya kecil itu untuk diputuskan pimpinan PKR.

"Saya difahamkan senarai nama (calon) sudah ada, yang disenarai pendek seramai lima orang. Saya akan mendengar taklimat mengenai calon ini daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula 5 hingga 8 April ini berhenti rehat.

Penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada 17 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat kanser otak.

Dalam pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G.Palanivel daripada Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan 198 undi. Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, Pas menuntut agar kerajaan memberi penjelasan yang lebih terperinci berhubung pelantikan firma perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide yang didakwa menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata, pembangkang mencadangkan undi belah bagi dibuat di Parlimen bagi menuntut penjelasan kerajaan sama ada APCO Worldwide dikendalikan oleh pengaruh Zionis atau membantu mencipta konsep 1Malaysia.

Jelasnya, parti itu masih tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan pihak kerajaan di Parlimen berhubung isu tersebut sebelum ini.

Anwar pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan APCO Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.

Ketua pembangkang itu menimbulkan isu APCO ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul anggota BN bagi Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ditiru daripada slogan "One Israel" yang beliau kaitkan dengan APCO Worldwide.

Ini kerana latar belakang APCO dan modus operandi firma antarabangsa itu sebagai perunding komunikasi negara diragui dan didakwa mempunyai akses kepada maklumat strategik negara, dakwa Anwar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan